Pada tahun 1998, ERA Bayam Kota Sdn Bhd ditubuhkan hasil usaha sama dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan pada ketika itulah jenama ERA mula diperkenalkan. Berasal dari Kota Bharu, ERA telah mencipta nama dan kini dikenali oleh setiap isi rumah di seluruh kawasan Pantai Timur. Pada April 2018, Era Bayam Kota menjadi anak syarikat BERNAS. Sejak itu, ERA telah membina reputasi sebagai jenama yang berpengalaman dalam bidang pemprosesan, pengedaran dan pemasaran beras dan juga bahan makanan lain. Produk-produk keluaran ERA kini tidak terhad kepada beras tetapi juga termasuk minyak masak dan krimer. Ini merupakan usaha ERA demi mencapai visi kami untuk menjadi "Jenama makanan ruji nombor 1 di Malaysia".
ERA memahami keperluan pelanggan! Dengan itu, ERA mengutamakan kualiti dan harga yang berpatutan agar setiap keluarga di Malaysia dapat menikmati produk-produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Semua produk dijamin bermutu tinggi oleh BERNAS dan disahkan Halal oleh JAKIM. Semua produk ERA diperoleh daripada rakan kongsi korporat yang telah dipilih berdasarkan proses-proses pemilihan yang ketat dan disahkan Halal oleh JAKIM. Semua produk kami dijamin berkualiti oleh syarikat induk kam - BERNAS, dan kami bangga kerana produk kami diiktiraf dan dianugerahkan lencana “Pilihan Bernas”.


Atas dasar semangat permuafakatan, ERA berikrar untuk terus berkembang demi memenuhi keperluan makanan masyarakat sejagat.