top of page

Sokongan Anda Sampai Ke Gaza Melalui Kempen #SinarUntukGaza

  • Writer: Ezmir Razali
    Ezmir Razali
  • 3 hari lalu
  • 1 min membaca

Beras ERA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang terus menyokong Kempen #SinarUntukGaza bersama Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM).




Sebagai tanda ketelusan dan penghargaan kepada semua penyumbang, kami kongsikan video terkini aktiviti bantuan makanan yang dijalankan di Gaza hasil sumbangan yang diterima melalui kempen ini.


Melalui video tersebut, orang ramai dapat melihat sendiri bagaimana bantuan disalurkan kepada rakyat Gaza yang terkesan akibat peperangan, termasuk proses penyediaan makanan oleh sukarelawan serta pengagihan makanan kepada komuniti yang memerlukan.


Melalui Kempen #SinarUntukGaza, setiap pembelian Beras ERA Cap Sinar Timur 10kg & 5kg menyumbang sebanyak RM1 dan RM0.50 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia.


Kempen ini berlangsung sehingga 30 Jun 2026.

Terima kasih kerana bersama-sama membawa sinar harapan kepada rakyat Gaza. 💚🇵🇸


Komen


bottom of page