top of page

Appam Pandan Kelapa

Bahan-bahan

1.5 cawan beras ERA Sultan Basmathi

¼ sk ibu roti

½ sk garam

1 cawan air pandan (kisarkan 3 pandan dengan air)

¾ cawan gula

¾ cawan kelapa parut

Pewarna hijau

Untuk inti:

3 cawan kelapa parut

1 cawan gula melaka

2 pandan,diikat

1 cawan air

¼ sk garam

Cara penyediaan

  1. Basuh dan rendamkan beras selama 2 jam. Rendaman beras tadi hendaklah ditapis dan kisarkan beras dengan ½ cawan air pandan secara kasar.

  2. Ambil 2 sb adunan yang dikisar kasar dan masukkan dalam periuk bersama ¾ cawan air pandan. Kacau hingga pekat. Sejukkan adunan sebelum guna.

  3. Kisar halus baki adunan kasar beras, dengan adunan yang pekat, bersama kelapa parut, gula, ibu roti dan garam.

  4. Masukkan pewarna hijau dan kacau rata. Masukkan adunan ke dalam besen besar dan tutup dengan tudung periuk. Biarkan selama 8 jam dan jangan buka tudung sebelum sampai waktunya kerana nanti adunan akan mendap.

  5. Selepas 8 jam, kacau adunan dengan sebati.

  6. Panaskan kuali (seeloknya guna kuali non-stick atau kuali yg selalu guna dan dah tak melekat lagi.

  7. Sapu sedikit minyak (macam buat kuih ketayap), bubuh sesenduk adunan dan lenggang sedikit.

  8. Tutup dengan tudung periuk. Dengan sendirinya kelihatan gelembung di tengah-tengahnya. Apabila di bahagian tepinya garing, bolehlah diangkat.

  9. Untuk inti kelapa: Didihkan air bersama gula melaka dan daun pandan. Masukkan kelapa parut, garam dan kacau hingga pekat. Biarkan sejuk.

bottom of page