Bahan-bahan
200g Beras ERA Sultan Basmathi
180g air
1 batang lobak merah (dipotong kecil
100g buah berangan (direndam semalaman)
2 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap pekat
2 sudu kecil garam
1 sudu gula
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang, cili dan ketumbar (hiasan)
Bahan perapan ayam:
3 ketul peha ayam
1 inci halia
1 biji bawang merah
2 upas bawang putih
1 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu kecil garam
2 sudu serbuk lada hitam
1 sudu gula
Cara penyediaan
1. Kisar kasar bawang untuk perapan. Perapkan ayam dengan semua bahan perapan selama 30 minit.
2. Kisar kasar bawang dan halia. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar dan tumis sebentar.
3. Masukkan lobak, buah berangan, bawang hiris, masak sebentar.
4. Tambahkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, garam dan gula. Kacau rata.
5. Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan ayam yang sudah diperap.
6. Masak selama 15 minit atau sehingga nasi masak.
7. Setelah siap, taburkan hiasan. Sedia untuk dihidang!