top of page

Nasi Ayam

Bahan-bahan

Bahan-bahan ayam:

3 ketul ayam (whole leg)

1 sudu makan bawang putih kisar

1 sudu makan halia kisar

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

3 sudu makan sos tiram

1 sudu makan chili flakes

1 sudu makan serbuk lada hitam kasar

1 sudu makan serbuk cili

Sedikit garam


Bahan-bahan nasi:

2 pot Beras Nagasari Super Spesial Wangi ERA

3 pot air rebusan ayam

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil halia kisar

1 sudu kecil bawang putih kisar

Sedikit minyak bijan

Sedikit kulit ayam (digoreng dahulu)


Bahan-bahan kuah taugeh:

7 ulas bawang putih

2 sudu makan sos tiram

1 senduk air rebusan ayam

Minyak bijan

Daun bawang


Bahan-bahan kuah cili:

5 ulas bawang putih

10 biji cili padi

3 sudu makan sos ikan

½ biji perahan limau lipis

Air jika perlu

Cara penyediaan



Cara membuat (ayam):

1. Rebuskan ayam bersama bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga lembut. Angkat dan tos.

2. Perapkan ayam bersama sos tiram, chili flakes, serbuk lada hitam, serbuk cili dan sedikit garam.

3. Bakar di dalam air fryer selama 30 minit dengan suhu 180°c.


Cara membuat (nasi):

1. Basuh bersih beras dan toskan.

2. Sementara itu, gorengkan sedikit kulit ayam sehingga layu.

Masukkan beras yang telah dibasuh bersama air rebusan ayam, garam, halia kisar dan bawang putih kisar.

3. Masak nasi seperti biasa.

4. Selepas nasi masak, renjiskan dengan sedikit minyak bijan dan gaulkan perlahan.


Cara membuat (kuah taugeh):

1. Cincang bawang putih dan goreng hingga keperangan, angkat dan ketepikan.

2. Asingkan minyak dan masukkan sos tiram dan air rebusan ayam.

3. Tuangkan ke atas taugeh. Kemudian, taburkan bawang putih, daun bawang dan renjiskan minyak.


Cara membuat (kuah cili):

1. Tumbuk atau kisar bawang putih dan cili padi.

2. Tuangkan bersama sos ikan perahan limau nipis. Tambahkan air jika perlu.

3. Masukkan bawang putih dan gaul rata.


bottom of page