top of page

Nasi Briyani Ayam

Bahan-bahan

Untuk Nasi


2 cawan Beras ERA Sultan Basmathi โ€“ dibasuh, direndam selama 30 minit dan ditapis dan ditoskan.

3-4 cawan air

Garam secukup rasa.

700gm ayam โ€“ dipotong tidak terlalu kecil


Perapan Ayam


3 sudu besar yogurt tanpa perisa

3 sudu besar pes bawang putih halia

2 sudu besar rempah briyani atau garam masala

2 biji bawang besar - dimayang

1 sudu besar serbuk cili

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu besar lada hitam ditumbuk

3 biji cili hijau โ€“ dihiris

3 sudu besar hirisan daun ketumbar

2 sudu besar hirisan daun pudina

Jus 1 biji lemon atau 2 biji limau nipis


Campurkan kesemua ramuan dan perapkan potongan ayam selama 1 jam atau semalaman


3 sudu besar minyak sap

2 biji bawang besar โ€“ dimayang

3 helai daun Bay

1 sudu kecil biji jintan putih

1 sudu besar rempah tumis (4 sekawan)

300gm tomato - dibuang biji โ€“ dipotong dadu



Hiasan


Kacang gajus digoreng/disangai

Bawang merah goreng

Kismis goreng

Hirisan daun ketumbar dan daun pudina

Cara penyediaan

Cara membuat:

1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi dan tumis rempah tumis daun bay dan jintan putih sehingga sehingga naik bau. Masukkan bawang besar dan masak sehingga keperangan.

2. Masukkan ayam yang diperap. Kacau seketika dan masukkan tomato.

3. Tutup dan reneh selama 20 minit

4. Campurkan beras dan tuangkan air

5. Tutup penutup dan masak

6. Gembur-gemburkan dengan garfu besar dan hiaskan

bottom of page