Bahan-bahan
Bahan-bahan (Nasi):
1kg Beras ERA Sultan Basmathi (dicuci dan ditos)
1 liter air
1 tin susu cair
½ sudu teh pewarna biru
½ sudu teh pewarna merah
½ sudu teh pewarna kuning
1 sudu kecil garam
20ml minyak sapi
Bahan A:
10gm bawang merah (dimayang)
5gm bawang putih (dimayang)
5gm halia (dimayang)
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
Bahan-bahan (Ayam Masak Merah):
1 ekor ayam (potong kepada 16 bahagian)
1 sudu besar garam halus
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji bawang kuning (potong bulat)
100 ml air
Minyak untuk menumis
10 biji cili kering (direbus dan dikisar)
2 tangkai daun bawang
10 biji tomato ceri
Cara penyediaan
Cara membuat (Nasi):
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air, susu cair dan garam. Apabila air mendidih, barulah dimasukkan beras.
3. Tanak nasi sehingga kering dan apabila nasi masak masukkan pewarna dan gaul dengan senduk secara pelahan.
Cara membuat (Ayam Masak Merah):
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga garing dan ketepikan.
2. Masukkan cili kisar. Panaskan minyak gorengan, tumis bawang besar sehingga layu.
3. Masukkan ayam goreng dan bawang kuning, gaul sehingga kuah menyaluti ayam.
4. Hidang dan taburkan daun bawang dan tomato ceri di atas ayam masak merah.
Sedia untuk dihidang.