Bahan-bahan
1 cawan Beras Nagasari Super Import ERA
1 ¼ cawan air
4 ekor ketam, direbus dan diambil isi dan cengkerang atas sahaja
2 sudu besar Minyak Masak
1 sudu besar mentega
2 biji bawang merah kecil, dicincang halus
2 ulas bawang putih, dicincang halus
2 biji cili api, dicincang halus
1 biji lobak merah, disagat halus
1 biji kentang, disagat halus
3 sudu besar hirisan daun bawang
2 biji telur
1 sudu kecil jus lemon
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan
Cara penyediaan
Masukkan beras dan air ke dalam periuk nasi dan masak seperti nasi biasa, ambil 1 cawan nasi
dan biarkan sejuk
Rebus ketam dan biarkan sejuk, asingkan isinya. Ketepikan
Panaskan minyak dan mentega, tumis bawang merah, bawang putih dan cili api sehingga harum
Masukkan lobak merah, kentang, goreng sehingga masak
Dalam mangkuk, satukan bahan yang digoreng tadi bersama-sama 1 cawan nasi, isi ketam, telur, daun bawang, jus lemon, serbuk lada putih, gula, dan garam secukup rasa. Gaul sebati
Masukkan adunan ke dalam cengkerang ketam, panaskan sedikit minyak masak dan goreng bahagian cengkerang dahulu. Kemudian balikkan dan goreng sehingga masak dan kuning keemasan. Sedia dihidangkan ketika panas.