top of page

Nasi Lemak Mulberry dan Sambal Ikan Talang

Bahan-bahan

Bahan-bahan Nasi Lemak:


1 cawan Beras Sultan Basmathi ERA


50g buah mulberry masak ranum


1/2 biji bawang besar


1 helai daun pandan


100ml santan


1 cawan air


Secubit garam


2 titik pewarna makanan (pink)



Bahan-bahan Sambal Ikan:


100g ikan talang masin


1 biji bawang besar


2 ulas bawang putih


60g pes sambal


50g hirisan buah mulberry

Cara penyediaan

Cara membuat:


1. Cuci Beras Sultan Basmathi ERA dan toskan.


2. Masukkan daun pandan, hirisan bawang, buah mulberry, garam, santan, air dan sedikit pewarna makanan.


3. Biarkan nasi masak. Sementara itu, sediakan Sambal Ikan Talang.


4. Goreng ikan talang masin yang dipotong kecil kemudian masukkan hirisan bawang.


5. Tambah pes sambal dan hirisan buah mulberry.


6. Boleh tambah sedikit air jika sambal agak kering. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.


7. Apabila nasi sudah masak gemburkan sedikit.


8. Hidangkan Nasi Lemak Mulberry bersama Sambal Ikan Talang.

bottom of page