top of page

Nasi Ulam

Bahan-bahan

Ulam pelbagai jenis, hiris nipis


½ biji kelapa parut di sangai


3 ekor kembung di rebus dan ambil isinya.


Garam secukupnya


1 sudu teh serbuk lada hitam


½ sudu teh secukup rasa


1 biji bawang besar


1 inci halia di hiris


1 inci lengkuas ditumbuk


1 sudu makan udang kering ditumbuk


5 biji cili padi dihiris


1 biji limau nipis

Cara penyediaan

  1. basuh beras dan tanak ikut sukatan sendiri

  2. Hiris Ulam-ulam dengan halus dan ketepikan.

  3. Rebus ikan dan carik isi-isinya dan ketepikan

  4. Goreng kelapa parut sehingga keperangan dan ketepikan

  5. Gaul bahan diatas bersama nasi yang ditanak bersama lada hitam, garam dan perasa

  6. Masukkan bawang, lengkuas cili padi dan udang kering dan gaul sekata.

bottom of page