top of page

Kuih Kaswi Gedik

Ingredients

1 cawan gula merah


1/2 cawan Gula Perang CSR Better Brown


1 cawan air


2 helai daun pandan



1 1/2 cawan tepung gandum @erafoodsmy


1/2 cawan tepung ubi kayu


1/2 sudu kecil garam


1/2 sudu kecil air kapur


2 cawan air



Sedikit minyak - untuk disapu pada acuan kuih


Kelapa parut putih


2 helai daun pandan


Sedikit garam

Directions

1. Masak gula merah, gula perang CSR Better Brown, air dan daun pandan. Masak sehingga gula larut dan mendidih.


2. Angkat dan tapis. Ketepikan.


3. Dalam bekas kisar satukan tepung gandum, tepung ubi kayu, garam, air kapur, air dan air gula. Kisarkan semua bahan sehingga sebati.


4. Tapis bahan kisar dan masukkan ke dalam bekas lain.


5. Sapukan bekas acuan dengan sedikit minyak.


6. Tuangkan bahan kedalam acuan sehingga penuh.


7. Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana.


8. Bila sudah masak angkat dan biarkan kuih sejuk sebelum dikeluarkan dari bekas acuan.


9. Kukus kelapa parut bersama sedikit garam dan daun pandan selama 10 minit.


10. Hiaskan kuih bersama kelapa yang telah dikukus tadi.


11. Siap untuk dihidangkan.

bottom of page