TERMA & SYARAT KEMPEN #SINARUNTUKGAZA
​
Kempen “#SinarUntukGaza – Bina Semula Gaza Bersama Beras ERA” dianjurkan oleh Era Bayam Kota Sdn. Bhd. (“Penganjur”) dengan kerjasama Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM). Dengan menyertai kempen ini, pengguna dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma dan syarat berikut:
1. Tempoh Kempen
1.1 Kempen ini bermula pada 1 Januari 2026 dan berakhir pada 31 Mac 2026, atau pada tarikh lain yang akan dimaklumkan oleh Penganjur.
1.2 Penganjur berhak untuk memendekkan, melanjutkan, atau menamatkan kempen ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
2. Kaedah Sumbangan
2.1 Untuk setiap pembelian produk berikut semasa tempoh kempen:
-
Beras ERA Cap Sinar Timur 10kg – RM1 akan disumbangkan.
-
Beras ERA Cap Sinar Timur 5kg – RM0.50 akan disumbangkan.
​
2.2 Jumlah sumbangan akan dikira berdasarkan jumlah jualan sebenar produk tersebut sepanjang tempoh kempen.
​
2.3 Sumbangan akan disalurkan secara berkala kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) bagi tujuan bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula di Gaza.
3. Penggunaan Dana Sumbangan
3.1 Semua dana yang dikumpulkan melalui kempen ini akan disalurkan sepenuhnya kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
3.2 CGM akan menggunakan dana tersebut untuk projek kemanusiaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
-
Bantuan makanan dan perubatan,
-
Pembinaan semula rumah, sekolah dan kemudahan awam,
-
Program pendidikan dan sokongan komuniti di Gaza.
​
3.3 Laporan kemas kini sumbangan dan aktiviti akan dikongsi melalui laman rasmi www.erabk.com/sinaruntukgaza dan saluran media sosial ERA.
4. Ketelusan & Audit
4.1 Penganjur komited untuk memastikan semua sumbangan direkod, diaudit, dan disalurkan secara telus.
4.2 Bukti transaksi dan jumlah sumbangan keseluruhan akan diumumkan secara berkala di laman rasmi kempen.
5. Hak Penganjur
5.1 Penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat ini, atau mana-mana bahagian kempen, pada bila-bila masa tanpa notis awal.
5.2 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan, kerugian atau kerosakan yang timbul akibat penyertaan dalam kempen ini.
5.3 Keputusan Penganjur mengenai semua perkara berkaitan kempen ini adalah muktamad.
​
6. Privasi & Data Peribadi
6.1 Sebarang maklumat peribadi yang dikongsi oleh pengguna (jika ada) akan dilindungi dan digunakan hanya untuk tujuan kempen ini selaras dengan Polisi Privasi Era Bayam Kota Sdn. Bhd.
7. Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kempen ini, sila hubungi:
Email: info@erabayamkota.com.my
Laman web: www.erabk.com
