Ingredients
Resepi Nasi Kerabu yang dikongsi dari @Kinahmasak
Bahan-bahan A:
Beras Cap Sinar Timur ERA
Air bunga telang
Daun limau purut
Bahan-bahan B (kelapa parut):
Kelapa parut
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
Serai *
Gula*
Garam*
Ikan rebus
Bahan-bahan C (tumis nasi kerabu):
Serai ketuk
Bawang merah*
Bawang merah *
Halia*
Cili kisar *
Santan
Gula Melaka
Asam keping
Budu
Bahan-bahan D (Solok lada):
Lada hijau buang biji
Isi ikan (rebus/ bakar)
Bawang Merah
Bawang putih
Kelapa parut
Gula
Garam
Sedikit santan pekat
Bahan-bahan Lain:
Ulam
Telur masin
Kambing bakar
Keropok keping
Sambal
Limau nipis
Directions
1. Cuci bersih beras dan masukkan air bunga telang dan limau purut.
2. Masak nasi seperti biasa dan ketepikan.
3. Goreng kelapa parut sehingga perang dan masukkan bahan tumbuk bertanda *.
4. Masukkan ikan rebus yang telah dikisar kasar. Masak sebentar hingga naik bau dan tutup api.
5. Untuk tumisan, panaskan minyak, masukkan serai dan bahan kisar bertanda *.
6. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan santan.
7. Perasakan dengan gula Melaka, asam keping dan budu. Masak lagi hingga terbit minyak.
Sedia untuk dihidang!
Selamat mencuba 😘