top of page

Beras ERA Lancar Kempen #SinarUntukGaza, Sasar Kutipan RM300,000 untuk Pembangunan Semula Gaza

  • Writer: Beras ERA Admin
    Beras ERA Admin
  • 5 hari lalu
  • 2 min membaca

Bangi, Selangor | 21 Januari 2026 — Jasmine Food Corporation Sdn Bhd melalui jenama Beras ERA hari ini melancarkan secara rasmi kempen kemanusiaan #SinarUntukGaza, satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan menyokong usaha bantuan dan pembangunan semula di Gaza.


Majlis pengumuman kempen telah berlangsung di pejabat Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) dan disempurnakan oleh En. Alan Kwong, Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation. Turut hadir sebagai rakan strategik kempen ialah Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan MERCY Malaysia, yang akan berperanan sebagai rakan pelaksana dalam penyaluran bantuan kemanusiaan.




Kempen #SinarUntukGaza akan dilaksanakan di Pantai Timur, merangkumi negeri Kelantan dan Terengganu, bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2026. Melalui kempen ini, sebahagian daripada hasil jualan Beras ERA Cap Sinar Timur akan disalurkan bagi menyokong bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula di Gaza, dengan sasaran kutipan sebanyak RM300,000.




Menurut En. Alan Kwong, sokongan berterusan daripada sektor korporat dan masyarakat amat penting bagi memastikan bantuan yang disalurkan bukan sekadar bersifat jangka pendek, tetapi mampu memberi impak jangka panjang kepada rakyat Palestin.


“Kempen ini bukan hanya sekadar inisiatif pengumpulan dana, tetapi satu gerakan kemanusiaan yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kami berharap ia dapat menggalakkan lebih ramai individu, organisasi dan komuniti untuk berdiri bersama Gaza dalam semangat solidariti dan kemanusiaan,” katanya.


Jasmine Food Corporation komited untuk memastikan setiap sumbangan disalurkan secara telus dan berperingkat melalui rakan pelaksana yang berpengalaman dan diiktiraf, iaitu Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan MERCY Malaysia. Kemas kini mengenai jumlah sumbangan dan aktiviti bantuan akan dikongsikan secara berkala melalui laman rasmi kempen dan saluran media sosial Beras ERA.


Kempen ini diharap dapat menjadi platform kesedaran dan penyatuan rakyat Malaysia dalam menyokong usaha kemanusiaan global, selari dengan nilai keprihatinan dan kemanusiaan yang menjadi teras kepada jenama Beras ERA.



Mengenai Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.


Selama beberapa dekad, Jasmine Food Corporation telah menjadi jenama yang dipercayai di Malaysia melalui penyediaan produk makanan berkualiti. Komited dalam menyokong warisan budaya dan pembinaan komuniti, Jasmine percaya bahawa makanan mempunyai peranan penting dalam menyatukan masyarakat dan memupuk nilai kemanusiaan sejagat.


Maklumat lanjut mengenai kempen:


Sumber: Siaran Media Rasmi Jasmine Food Corporation Sdn Bhd

Komen


bottom of page