Resepi Nasi Minyak dan Daging Gulai Darat Bersama Beras ERA
- nurulalysya
- 10 Jun 2024
- 1 min membaca

Salah satu menu menarik yang sempat dikongsikan di rancangan Selamat Pagi Malaysia baru-baru ini ialah Nasi Minyak bersama Daging Gulai Darat Raja Berangkat, disediakan oleh Maher Kitchen. Hidangan ini bukan sahaja kaya dengan rasa, tapi cukup sesuai dijadikan juadah utama untuk sambutan istimewa seperti Hari Raya Haji nanti.
Yang menjadikan hidangan ini lebih istimewa ialah pemilihan Beras ERA Sultan Basmathi. Teksturnya yang panjang dan lembut menjadikan nasi lebih harum dan menyelerakan memang serasi dengan lauk gulai berempah pekat seperti ini.
Kalau anda tengah cari idea untuk menu kenduri atau nak cuba resepi tradisional yang senang ikut, ini antara pilihan yang patut ada dalam senarai. Bahan mudah didapati, langkah pun tak rumit.
Boleh tonton semula segmen penuh di sini:👉 https://www.instagram.com/reel/C5D4yzOrQwb/
Comments